Penjenamaan Semula Amalan 5S Sektor Awam


     EKSA mula diperkenalkan pada Januari 2014 sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam. Penjenamaan ini mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya lebih relevan kepada jabatan/agensi sektor awam di Malaysia. Langkah ini difikirkan sesuai dan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa bagi meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi di samping dapat menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan jabatan/agensi sektor awam. 

Objektif Utama Penjenamaan Semula 5S Kepada Eksa

ØMeningkatkan imej korporat.

ØMenyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan pihak berkepentingan.

ØMenggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau.

ØMemastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan agensi kerajaan (klinik pergigian).