OBJEKTIF DAN DASAR EKSA





OBJEKTIF

Objektif utama penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam kepada EKSA membolehkan warga PTJ mencapai hal-hal berikut:

• Mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, bersih, kemas dan selesa pada setiap masa.

• Membantu meningkatkan disiplin diri dan semangat kerja berpasukan di kalangan anggota PTJ ini.

• Membantu meningkatkan tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan.

Membantu PTJ ini secara keseluruhannya untuk mewujudkan budaya kerja yang ceria dan efektif serta menampilkan imej korporat yang cemerlang. 


DASAR

EKSA menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti kerja, perkhidmatan dan produktiviti melalui persekitaran kerja yang mesra, bersih, sihat, kondusif dan selamat di pejabat dan semua klinik di bawah pentadbiran PTJ ini.