AKTIVITI LATIHAN EKSA 2021


 EXPECTED OUTPUT EKSA

    Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 telah dilaksanakan bermula 25 Mei 2021. Berikutan ini, satu keputusan di ambil untuk menggantikan Working from Home (WFH) dengan menempatkan juruterapi pergigian yang tidak terlibat secara langsung dengan pesakit di beberapa lokasi. Ini adalah untuk memastikan penjarakkan sosial masih dapat diamalkan dan bilangan anggota di satu tempat boleh dihadkan. Lokasi ini termasuk Bilik Mesyuarat Pejabat Pergigian Kawasan Kota Kinabalu, Bilik IDC Klinik Pergigian Luyang dan Stor Putatan. Juruterapi Pergigian yang ditempatkan di lokasi-lokasi ini telah diberikan tugasan Expected Output - Elemen EKSA dan Elemen Promosi sepanjang tempoh tersebut.  Seramai 16 Juruterapi Pergigian dari Klinik Pergigian Luyang telah diberikan tajuk khusus untuk kedua-dua elemen. Hasil daripada Expected Output tersebut adalah seperti berikut: 

              





BENGKEL PEMBUDAYAAN EKSA PKP KAWASAN KOTA KINABALU


1.0 PENGENALAN

Pembudayaan EKSA di Kawasan Kota Kinabalu adalah satu initiatif baru untuk mewujudkan budaya kerja yang cemerlang dan juga meningkatkan kecekapan dalam proses kerja supaya menjadi lebih berkesan dan efektif. 


2.0 OBJEKTIF UMUM

Memberi tunjuk ajar untuk mewujudkan suatu persekitaran kerja yang selamat, bersih, kemas dan selesa pada setiap masa

Membantu meningkatkan disiplin diri dan semangat kerja berpasukan di kalangan warga Pergigian Kawasan Kota Kinabalu

Membantu meningkatkan kemahiran untuk memperbaiki tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan

Membantu dalam mewujudkan budaya kerja yang ceria dan efektif serta menampilkan imej korporat yang cemerlang.


3.0 OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir kursus ini peserta akan dapat:

Menerap dan membudayakan amalan 5S serta elemen seperti Imej Korporat, Persekitaran Kondusif, Kreativiti dan Inovasi, dan Amalan Hijau dalam kerja harian.

Memahami cara menyediakan garis panduan EKSA , kriteria pengauditan EKSA dan penyediaan Fail EKSA untuk kegunaan di setiap zon EKSA Pergigian Kawasan Kota Kinabalu


4.0 KAEDAH BENGKEL

Secara dalam talian dengan mengunakkan Platfom Zoom 


5.0 KUMPULAN SASARAN

Staff pergigian semua kategori Kesihatan Pergigian Kawasan Kota Kinabalu


6.0 PELAKSANAAN PROGRAM: 

Bengkel ini akan dilaksanakan secara atas talian melibatkan 71 peserta dari Klinik Pergigian Luyang, Klinik Pergigian UTC, Klinik Pergigian Papar, dan Klinik Pergigian Tuaran, Klinik Pergigian Kinarut dan Pejabat Kesihatan Pergigian Kawasan Kota Kinabalu. Urusetia Program serta 6 peserta dari Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu akan mengikuti bengkel ini dari Tingkat 1, Bilik Mesyuarat Pejabat Pergigian Kawasan Kota Kinabalu.

Penceramah dari MAMPU Sabah, Cik Vivian Nazarius dijemput sebagai penceramah dan fasilitator bengkel ini. Ceramah dan pembentangan secara ‘Powerpoint’ akan dibuat melalui secara talian di Platform Zoom dan Facebook Live.