AKTIVITI PROMOSI EKSA 2022




Sepanjang bulan Ogos yang lepas, Unit EKSA Kawasan Kota Kinabalu telah menganjurkan Pertandingan Zon Terbaik EKSA dan menerima 5 penyertaan yang diwakili oleh fasiliti-fasiliti pergigian dari sekitar kawasan Kota Kinabalu

Pemenang pertandingan ini jatuh kepada….
ZON JADE

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua anggota yang terlibat. Terima kasih juga diucapkan kepada semua zon yang telah menyertai pertandingan ini.

Diharapkan pertandingan ini dapat memberi ruang kepada setiap zon untuk membuat persediaan dan seterusnya mengekalkan momentum sebelum audit berlangsung.

Sekian, terima kasih






Pertandingan Zon Terbaik EKSA akan dijalankan sepanjang bulan Ogos. Setiap zon diberi masa selama sebulan bagi menyediakan klinik pergigian masing dalam mengikuti kriteria EKSA yang telah ditetapkan. Penilaian akan dibuat pada 1 & 2 September 2022 dan hebahan pemenang akan diumum ada 5 September 2022. 

Semoga berjaya buat semua zon !!





Pertandingan Interzon Tandas (EKSA) Terbaik Kawasan Kota Kinabalu.

Sepanjang 17-31 Mei yang lalu telah berlangsung pertandingan dan sesi penilaian bagi Pertandingan Interzon Tandas (EKSA) Terbaik Kawasan Kota Kinabalu.


Kejayaan telah berjaya dirangkul oleh 🥇ZON EMERALD🥇

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.

Diharapkan pertandingan ini dapat meningkatkan kesedaran, pengetahuan, perubahan tingkah laku anggota kesihatan pergigian terhadap penjagaan kebersihan tandas awam secara bersama di fasiliti pergigian masing-masing.