LAWATAN PENANDA ARAS EKSA PEJABAT PERGIGIAN KAWASAN KOTA KINABALU












Pada 20 Oktober 2022 yang lepas telah berlangsungnya lawatan penanda aras EKSA bagi Pejabat Pergigian Kawasan Kota Kinabalu (PPKKK). Lawatan bertempat di Hospital Tuaran dan seramai 19 orang peserta telah menghadiri lawatan tersebut. Lawatan ini bertujuan untuk memberi gambaran yang lebih jelas dan perkongsian pengalaman berkenaan amalan EKSA yang dilaksanakan memandangkan Hospital Tuaran telah mendapat pensijilan EKSA dari Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Ia juga merupakan salah satu aktiviti yang penting bagi PPKKK dalam usaha mendapatkan pensijilan EKSA pada tahun hadapan.

Tentatif lawatan dimulakan dengan sesi taklimat dan perkongsian yang diberikan oleh AJK EKSA Hospital Tuaran dan disambung dengan lawatan ke zon-zon EKSA sekitar Hospital Tuaran. Pelbagai input yang dikongsikan sepanjang lawatan berlangsung. Terima kasih tidak terhingga kepada pihak Hospital Tuaran kerana sudi menerima kunjungan kami dan berkongsi ilmu dan pengalaman sepanjang lawatan berlansung. Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan bagi menambahbaik EKSA dari masa ke semasa.