AUDIT DALAMAN & MESYUARAT EXIT CONFERENCE EKSA BIL 1/2022


Pada 15-17 November 2022 yang lepas telah berlangsungnya Audit Dalaman dan Mesyuarat Exit Conference EKSA Bil 1/2022 yang bertempat di bilik mesyuarat, tingkat satu, Pejabat Pergigian Kawasan Kota Kinabalu. Beberapa agenda telah dilaksanakan iaitu perutusan pengerusi dan diteruskan dengan pembentangan penemuan juruaudit dari setiap zon. Cadangan penambahbaikan turut dibincangkan bagi memudahkan pembaikan setiap zon. Setiap penemuan yang dijumpai para auditor haruslah ditambahbaik oleh ahli zon dalam tempoh tiga hari bekerja dan menghantar laporan ke ketua auditor. Berikut merupakan slide pembentangan para auditor bagi semua zon EKSA PKPKK.