MESYUARAT PENETAPAN KRITERIA AUDIT EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) BAHAGIAN PERGIGIAN KAWASAN KOTA KINABALU


 Telah berlangsungnya Mesyuarat Penetapan Kriteria Audit Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada 11 Januari 2023 yang lepas. Mesyuarat ini bertujuan bagi memberi pencerahan kepada para auditor dari semua zon akan kriteria-kriteria yang digunakan dalam proses pengauditan terutama bagi para auditor yang baru dilantik pada tahun ini. Mesyuarat telah berlangsung selama satu hari, bermula dengan kata-kata aluan dari fasilitator EKSA, Dr Loo Soo Ying dan diteruskan dengan pembincangan penetapan kriteria audit bagi setiap zon EKSA Bahagian Pergigian Kota Kinabalu. Pada sesi petang, mesyuarat diteruskan lagi dengan sesi pembincangan dan soal jawab dari para auditor. Dengan berlangsungnya mesyuarat ini, sedikit sebanyak menambahkan lagi pengetahuan para auditor akan tatacara pengauditan yang bakal dijalankan.