PENGIKTIRAFAN EKSA OLEH MAMPU


 Pada bulan Mac 2023, telah berlangsungnya sesi audit bagi pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) oleh pihak MAMPU. Sesi pengauditan berlansung selama 2 hari yang melibatkan setiap zon di bawah jagaan Pejabat Kesihatan Pergigian Kawasan Kota Kinabalu. Serujus selesainya sesi pengauditan, exit conference dilaksanakan bagi membentangkan penemuan dan cadangan bagi penambah baikan yang boleh dilakukan dalam tempoh tiga hari sebelum pemarkahan akhir oleh pihak MAMPU. 

Tanggal 1 Jun 2023, pihak MAMPU telah menganugerahkan dan mengiktiraf Pejabat Kesihatan Pergigian Kawasan Kota Kinabalu telah memenuhi kriteria komponen Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dan dikategorikan sebagai cemerlang. Sijil pengiktirafan ini sah laku bermula pada 1 Jun 2023 sehingga 31 Mei 2025. 

Tahniah diucapkan buat ajk EKSA dan semua kakitangan yang terlibat secara lansung atau tidak langsung dari setiap zon Pejabat Kesihatan Pergigian Kawasan Kota Kinabalu. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.